Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Samseng Perodua Myvi putih bertindak memukul kereta pemandu jalan raya yang lain hingga pecah , Acungkan Jari tengah ,kini di cari polis

 


"Samseng" jalanan pecahkan kereta orang awam tular "Awal dia bagi signal sebelah kanan, tiba-tiba dia masuk ke lane kiri. Bila orang potong dia, dia marah" 

Tular satu rakaman video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi putih bertindak memukul kereta pemandu jalan raya yang lain hingga pecah. 

Punca kejadian dikatakan suspek memberi lampu isyarat kanan tetapi tiba-tiba menukar arah ke kiri menyebabkan mangsa terkejut dan memotong kenderaan suspek. 

Suspek merasa tercabar dan ketegangan antara dua pemandu ini tercetus sebelum suspek dan mangsa memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan.

 Tanpa dijangka, suspek mengeluarkan satu objek keras dan memukul kereta mangsa hingga pecah. Tindakan suspek dirakam mangsa dan menjadi sebagai bahan bukti.. 

Catat Ulasan for "Samseng Perodua Myvi putih bertindak memukul kereta pemandu jalan raya yang lain hingga pecah , Acungkan Jari tengah ,kini di cari polis "